Sunday, May 22, 2011

Tabah # 1

Hmm....
Rindunya saat persekolahan dulu
Saat dimana rase keseronokan menjadi budak sekolah tersangatlah indah
Gelak ketawa, aksi aksi nakal, amoi amoi cantik, cikgu cikgu yang lawa masih lagi tersimpan di dalam kutub memori aku,
Tapi bukan sekolah yang aku nak ceritakan sebenarnya,
Aku berasa kagum yang amat sangat dengan sikap ketabahan seseorang makhluk tuhan yang aku namakan KAWAN,
Aku mempunyai Kawan yang boleh dikatakan warna kehidupannya semakin pudar demi hari ke hari,
Kawan aku itulah orang yang pertama aku kenal mase aku pindah ke sekolah berdekatan dengan rumah aku,
Bersongkok, berbaju putih, berseluar hijau, berkasut putih dengan membawa beg galas yang kecik,
Pertemuan kiteorang bermula di depan dewan,


"Kau budak baru ea?" pertanyaannya ringkas dengan menampakkan gigi dan senyuman kambing yang manis


"Haah" jawabku juga ringkas sambil menghulurkan salam tanda sesi suai kenal telah bermula


biasalah perbualan lelaki yang berumur 16 tahun mestilah mengandungi topik tinggal dimana sehinggalah topik amoi dekat sini lawa lawa.HAHA


Aku merupakan pelajar di kelas sains dan beliau di kelas perakaunan,
hari kedua aku diberitahu oleh cikgu bahawa boleh menukar kos yang diambil,
oleh kerana aku tidak berminat sama sekali dengan sains aku membuat pilihan untuk bertukar ke akaun,
dan dari situlah bermula kisah aku dan Kawan aku ni sampai lah ke hari ini.












bersambung.......

No comments:

Post a Comment