Suasana dalam ni agak sepi,
Tiada percakapan diantara orang orang yang ada dalam ni,
Hmm..... aku musykil kenapa si A yang begitu peramah pun tak bercakap lansgsung ea,
Semakin lama aku jadi bosan,
Aku bosan dengan sikap pelik semua orang dalam ni,
Aku mencari alternatif lain untuk menghiburkan diri aku sendiri,
Aku cuba untuk untuk bergiat dalam seni melukis,
Namun lukisan aku seterok lukisan Nora Danish mahupun Juliana Evans,
Aku kenangkan kisah percintaan aku dulu dengan Maya Karin,
Sungguh indah sungguh romantik saat kami bersama,
Dalam diam diam rupanya aku dah jatuh cinta dengan Dania Danielle,
Aku menjadi semakin tidak tentu arah,
Semua orang masih menyepi membisu dan berdiam diri,
Arghhhhh, dalam penjara ke aku ni?
Pelbagai soalan timbul dari benak kepala aku,
Aku nak balik,
Aku rindu mak aku rindu ayah,
Aku rindu kawan kawan aku,
Tapi kenapa aku masih di dalam ni dengan orang orang yang masih berdiam diri,
Tiada sebarang perkataan pun yang keluar dari mulut dieorang,
Hanya kedengaran batuk batuk kecil sahaja,
Aku cuba lagi untuk menghiburkan hati aku,
Alunan lagu I heart Hiroshima kini aku dengari dari mulutku,
Nyanyianku hanya sekuat kentut kecil,
Lalu aku bertukar ke genre yang lain,
Aku cuba untuk menjadi Eminem dengan lagu mocking bird,
Namun aku tak mempunyai bakat dalam rap,
Hanya part korus sahaja aku cuba nyanyi walaupun lirik nya aku tau salah,
Hmm aku tak boleh berhenti tertanya kepada diri aku kenapa aku masih di dalam ni dengan orang sebegini,
Aku bertekad juga untuk tinggalkan tempat ni,
Aku pandang ke arah kanan lalu memberi senyuman paksa kepada si B,
Namun tiada sebarang perkataan aku dengari dari si B,
Maki hamun ku dalam hati beranak pinak di saat ini,
Aku macam orang bodoh yang duduk di hospital gila,
Tak boleh jadi macam ni, tak boleh okay!
Stress lama lama dalam ni,
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari tempat sepi ni,
Aku mahukan dunia yang berwarna warni bukan dunia yang sepi dan suram seperti ini,
Lalu aku bertekad....................................
Aku angkat tangan dengan penuh bangga dan memberi senyuman yang ikhlas terhadap pengawas peperiksaan yang datang ke arah ku lalu aku menjawab "sudah, saya balik dulu ye"
SIAP JUGAK SOALAN NO 7 TU, EVEN AKU TAU TU BUKAN JAWAPAN DIE!
No comments:
Post a Comment