Tuesday, April 5, 2011

Azam # 02

Entri post remaja semuanya berkenaan dengan cinta, ya aku juga remaja dan masih berumur 21 tahun. ( cik din cakap 21 dah dewasa tapi aku pertahankan jugak keremajaan aku, ye lah dah dewasa haa puas! dem ) Berkenaan dengan cinta tipulah kalau aku tak pernah bercinta kan, ya aku admit aku pernah bercinta. Ditinggalkan, aku yang meninggalkan semuanya ada. HAHA. Boleh dikatakan dah macam macam drama aku buat sana sini dari cinta monyet zaman zaman sekolah tadika dulu sampailah yang sekarang ni. ( nama awek aku time tadika ain tau! ) Dengan ini aku memaklumkan aku single dan boleh ber-mingel-singlet dan apa jua let yang ada dekat belakang. Bagi aku tu semua kenangan yang aku boleh campakkan ke dalam tong sampah cinta. Tiap kali aku single, misi dan visi aku makin terang berbanding bila aku start bercinta. Jenis orang macam aku tak boleh ada gangguan sikit nanti for sure akan jatuh merundum tertonggeng. Serik dah aku dengar dan teliti gelagat kawan kawan aku sendiri dengan kehidupan cinta dieorang. Ada yang bahagia, ada yang merana, ada yang sengsara, yang keluar air mata jangan cakap lah. Bila tiap kali aku berak dekat toilet O.K.U aku mesti terfikir pasal cinta even aku tahu diri aku ni berlum bersedia untuk cinta yang sejujur-jujurnya. Sekarang aku mula belajar macam kanak-kanak tadika untuk kenal apa itu erti cinta yang sebenar. Cinta yang aku sedang belajar sekarang cinta yang sempurna dan boleh menyempurnakan hidup aku selama-lamanya sampailah hembusan nafas aku yang terakhir ( cewah ayat tak boleh go lah ) 


1. Cinta kepada Tuhan yang telah menjadikan aku, yang telah memberi rezeki kepada aku, yang telah bagi aku keluarga, hadiahkan aku kawan-kawan, sentiasa melihat aku dan segalanya yang telah tuhan kurniakan kepada aku.


2. Cinta kepada kedua-dua ibu bapa aku yang telah mendidik aku, mempelihara aku dari saat aku dilahirkan sehingga sekarang, memberikan aku ilmu untuk kesenangan aku di masa hadapan.


3. Cinta kepada diri aku sendiri sebab apa yang aku buat tu semua untuk aku bukan untuk orang lain.


4. Cinta kepada kawan-kawan aku yang telah bersama aku susah dan senang dalam mengharungi segala apa rintangan yang telah dilalui. 



Ya dengan ini aku dah pun meletakkan dan menanam dalam dalam azam aku untuk hari ini dan seterusnya.
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menjadikan aku seorang insan yang sempurna.
Persoalannya sekarang, cinta yang yang dimaksudkan denga cinta terhadap awek tu aku akan sambung apabila misi dan visi aku dah sempurna sepertimana yang aku rancang.

*gambar ehsan dari bunnycage

*Amin  

No comments:

Post a Comment