Saturday, April 30, 2011

Sapa suruh kau buat batu

Nasib semua dah tido,
Ayah kau pun bantai lena aku tengok,
Kau masih merengek minta perhatian,
Aku kasi layanan yang termampu,
Layanan aku berikan buat kau tergelak,
Kau tersentap tiap kali aku bersuara,
Namun kau semakin kuyu,
Akhirnya dibuai mimpi mimpi indah ciptaan mu.














AKU DAH CAKAP JANGAN BER-CIKUPANG DENGAN AKU, HAHAHAHAHAH!





Wednesday, April 27, 2011

Poppylicous

Pembelaan

Selama ni apa kau nak, aku kasi. Kau nak jadi lembut? Aku bagi. Kau nak style terkini? Aku buat. Kau nak semua orang cakap kau se-em-mart? Aku turut. Kemahuan kau aku penuhi. Keinginan kau aku peduli. Aku sentiasa nak kan yang terbaik untuk kau macam setiap ibu bapa mahukan untuk anaknya. Hmm


Tapi,






















1) Kau buat aku kena halau dari kelas
2) Kau buat aku tak dapat amek paper time exam nanti
3) Kau buat aku sentiasa berpeluh bila di kamar
4) Kau buat aku asyik dimarahi mak dan ayah




cukuplah kau buat aku itu dan ini, cukup okay!














Sekarang aku terasa macam diriku orang yang berwawasan tanpa kau,
Sekarang leteran mak dan ayah aku dah tak dengar
Sekarang aku boleh bangga amek paper bile exam
Sekarang aku boleh masuk kelas dengan berani tanpa ada perasaan takut










ADUH, APESAL LAH CEPAT SANGAT GATAL BILA RAMBUT PENDEK NI!!

Friday, April 22, 2011

Sampah

"Korang tahu tak, yang korang buat ni semua sampah!" tegas En.Sayabotak (bukan nama sebenar)


Sampah ye? 3 hari 3 malam tanpa bintang kau tahu tak kiteorang dah buat sampah ni. Berfikirlah secara rasional dan profesional wahai En.Sayabotak (bukan nama sebenar). Kalau tak dapat fikirkan kami, fikirkan si pengajar kami cukuplah. Kalau hasilnye sampah, kiranya kami ni belajar sampah lah dari Cik.Sweetnyaaku (bukan nama sebenar). Terkilan dengan kecewa atas ulasan yang diberikan.

*pasal sampah ni pun aku dapat dari kawan aku, time ni awal awal lagi aku dah kena halau pasal rambut panjang! HAHAHAHAHA


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami ni semua budak baru belajar,
Kalau salah tolong TUNJUKKAN.



Tuesday, April 19, 2011

Agness Deyn

Mengeluh, mengeluh, mengeluh!


"Cuaca luar sejuk sejuk suam malam ni, better pakai seluar panjang" 


"Eh, macam tak santai plak!"


"Hmm............ seluar pendek laa baru santai macam ni"


"Okay seluar pendek yang mane ea, yang ni hitam loose skit and dikategorikan santai"


"Ke nak yang jeans fit punye pendek nampak hadkor baru ganas!"


"Jeans pendek je lah, lagipun dah lame tak pakai kan"


"Baju nak yang mana ea?"


"Kaler hitam gelap sangat malam malam macam ni, lagipun lari ah santai ini macam hmm..."


"Amek kaler ungu lah baru se-ta-yel!"


"Eh aku mana ada baju kaler ungu, dem"


"Takkan nak pakai yang katun ni lagi, tapi santai jugak pakai katun ni haa"


"Alaa semalam aku dah pakai katun ni, kang orang igt aku tak reti nak basuh baju plak"


"Yang pink ni pun sesuai jgk, tapi dah biasa sangat pakai lah"


"Pakai yang elmo ni nampak macam comel, ni pun selalu sgt lagipun baju ni besar tak nampak laa body nanti 
HAHA!"


"Pakai baju bola kang bila jumpa musuh jeling jeling plak, almaklum-lah MU"


"Aduh nak pakai yang mana satu ni ea, kusut nye"


"Amek jelah baju hitam plain ni, lagipun hitam kan nampak kemas"


"Sekarang ni nak pakai cap ke nak pakai bernie"


"Cap ada biru merah u marah i love you je"


"Ke pakai bernie je nampak simple?"


"Ah pakai bernie je lah!"


"Touch up skit rambut ni, perfume bagai"


"Okay lets go sentimental!"































*Baru aku sedar yang tujuan asal aku cuma nak beli rokok je dekat kedai depan!

4 hari lagi

Apakah nama sukan tradisional di negara spain? 


i.          Kasi kerbau mengamuk
ii.         Memperbodohkan kerbau
iii.        Sesi suai kenal dengan kerbau
iv.        Kenali yang mana satu kerbau dan yang mana satu manusia


A. i dan ii                       B. ii dan iii
C. i, ii dan iii                  D. semua diatas




(2 markah)

*selepas di google translate-kan 


What is the name of traditional sports in the country spain?

i. Kasi raging buffalo
ii. Fool buffalo
iii. Familiarization session with the buffalo
iv. Knowing where a buffalo and a man whose

A. i and ii B. ii and iii
C. i, ii and iii D. all over


(2 marks)



Sunday, April 17, 2011

Malas








"Bila tak larat, nak buat semua benda pun aku malas" 














*Okay sekarang ni dah malas nak type, bye!

Thursday, April 14, 2011

day 1 # part 3

Bersyukur,


"alhamdulillah dah okay pun haa" sambil menyedut nyedut vitagen perisa anggur


"kalori dalam chicken chop agak agak berapa ea?" mula risau


"tak pelah tu je kot makan aku hari ni, takkanlah lari setakat sekali je kan" 


*apa apa pun alhamdulillah syukur :)


THE END

Wednesday, April 13, 2011

day 1 # part 2

masih lemah longlai,


"fondant tak jadi tau tak hari ni, berapa kali aku nak beat? berapa kali aku kena uli? berapa kali nak letak tepung? ea apasal ni still lagi melekat?" tepek tepek fondant buat bentuk tetek


"last try, last try, last try!" tiba tiba semangat datang 


"shit, pergi jahanam lah, esok je senang aku buat. bye aku balek dulu"


*harap harap kool fever ni berkesan okay


bersambung...

day 1 # part 1

Lemah 


"shit apa sial nak jadi time time macam ni" marah dengan diri sendiri


"Pergi jahanam pergi pergi pergi tolong lah"


bersambung....

Sunday, April 10, 2011

Jangan marah kalau orang tengok payu dara anda


tapi kalau yang ni,



Jangankan 10 minit okay, HAHA!

sikap

"sekarang ni kita kena pandai simpan duit tau, kena pandai berjimat" terang si A


"betul tu betul"  B meng-iyakan fakta


"kalau ada duit dalam bank nanti senang, nak berjalan ke apa ke" sambung si A lagi


"haah"


"ni takdelah asyik nak mengharapkan orang lain lagi, kita kene berdiri atas kaki sendiri"


"yup" B still lagi meng-iyakan si A


"pelik aku tengok gelagat orang sekarang ni kan" 


"biaselah" B bersependapat dengan A


"weh pinjam rm30 dulu weh" 


"hmm" B menyalakan rokok dan menghembus asap berkepul kepul ke udara 




*bercakap modal nye air liur je, biasalah manusia 

Friday, April 8, 2011

Satu Tujuh Enam




Tatkala nombor aku dan nombor rakan ku di sebut melalui microphone aku bingkas bangun dengan muka yang tersengih sengih lalu mencari pintu keluar dan turun menghela nafas lega dan bersyukur, Alhamdulillah aku selamat. Nombor ni nanti nak buat nombor plat future kereta aku.

"jangan kongsi kongsi, aku nak tengok kau *******!" jerkah pemuda si badan tegap berpakaian smart berambut ketak dan berkasut sukan

Thursday, April 7, 2011

Terima kasih cikgu # 02

Kerja semua sudah di siapkan dan akan dihantar esok. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang aku jangkakan. Ganjaran untuk si penat lelah akan muncul sebentar sahaja lagi.




LETS THROW A PARTAY PEOPLE!


*Tak salah kan bila bagi ganjaran dekat diri sendiri lepas kesian dengan diri sendiri yang dah bertungkus lumus bekerja siapkan itu ini, pergi sana sini. Atleast aku puas dan dah lepas, dutch dutch dutch!

Tuesday, April 5, 2011

Azam # 02

Entri post remaja semuanya berkenaan dengan cinta, ya aku juga remaja dan masih berumur 21 tahun. ( cik din cakap 21 dah dewasa tapi aku pertahankan jugak keremajaan aku, ye lah dah dewasa haa puas! dem ) Berkenaan dengan cinta tipulah kalau aku tak pernah bercinta kan, ya aku admit aku pernah bercinta. Ditinggalkan, aku yang meninggalkan semuanya ada. HAHA. Boleh dikatakan dah macam macam drama aku buat sana sini dari cinta monyet zaman zaman sekolah tadika dulu sampailah yang sekarang ni. ( nama awek aku time tadika ain tau! ) Dengan ini aku memaklumkan aku single dan boleh ber-mingel-singlet dan apa jua let yang ada dekat belakang. Bagi aku tu semua kenangan yang aku boleh campakkan ke dalam tong sampah cinta. Tiap kali aku single, misi dan visi aku makin terang berbanding bila aku start bercinta. Jenis orang macam aku tak boleh ada gangguan sikit nanti for sure akan jatuh merundum tertonggeng. Serik dah aku dengar dan teliti gelagat kawan kawan aku sendiri dengan kehidupan cinta dieorang. Ada yang bahagia, ada yang merana, ada yang sengsara, yang keluar air mata jangan cakap lah. Bila tiap kali aku berak dekat toilet O.K.U aku mesti terfikir pasal cinta even aku tahu diri aku ni berlum bersedia untuk cinta yang sejujur-jujurnya. Sekarang aku mula belajar macam kanak-kanak tadika untuk kenal apa itu erti cinta yang sebenar. Cinta yang aku sedang belajar sekarang cinta yang sempurna dan boleh menyempurnakan hidup aku selama-lamanya sampailah hembusan nafas aku yang terakhir ( cewah ayat tak boleh go lah ) 


1. Cinta kepada Tuhan yang telah menjadikan aku, yang telah memberi rezeki kepada aku, yang telah bagi aku keluarga, hadiahkan aku kawan-kawan, sentiasa melihat aku dan segalanya yang telah tuhan kurniakan kepada aku.


2. Cinta kepada kedua-dua ibu bapa aku yang telah mendidik aku, mempelihara aku dari saat aku dilahirkan sehingga sekarang, memberikan aku ilmu untuk kesenangan aku di masa hadapan.


3. Cinta kepada diri aku sendiri sebab apa yang aku buat tu semua untuk aku bukan untuk orang lain.


4. Cinta kepada kawan-kawan aku yang telah bersama aku susah dan senang dalam mengharungi segala apa rintangan yang telah dilalui. 



Ya dengan ini aku dah pun meletakkan dan menanam dalam dalam azam aku untuk hari ini dan seterusnya.
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menjadikan aku seorang insan yang sempurna.
Persoalannya sekarang, cinta yang yang dimaksudkan denga cinta terhadap awek tu aku akan sambung apabila misi dan visi aku dah sempurna sepertimana yang aku rancang.

*gambar ehsan dari bunnycage

*Amin  

Monday, April 4, 2011

aku peminat si GIGI

serious aku minat GIGI!


Terima kasih cikgu # 01

"awak tak kesian dengan saya ke?" pertanyaan bukan meraih simpati dari seorang guru

"sebab saya kesian saya datang" balas aku dengan bangga bodoh

"hmm, macam ni lah awak buat spain punye ye?"

*saat ni aku rasekan macam semua orang sayang kan aku. Semua tak nak aku gagal. shit aku da sebak ni    T_T  HAHA!

"terima kasih cik, terima kasih sangat" 

"cik saya selalu ingat cik tau" 

"laa kenapa plak?"

"sebab muke cik macam kakak ipar saya, pergi dulu cik terima kasih ye" terus berlalu meninggal kan office sambil tersenyum

Saturday, April 2, 2011

Sayang kuda laut

Saya ada kuda laut. Kuda laut saya macam ni :-