Monday, March 28, 2011

Tak sedap seindah rupa # 01

Situasi yang buat kan aku rase terkedu kejap, hmm kenapalah macam ni ye. Seperti biase hari isnin hingga jumaat aku akan kerja malam disebabkan kelas sentiasa ada waktu pagi. Sampai sahaja dekat tempat kerja aku terus ambil posisi aku seperti biasa di cashier dan buat muka yang paling comel, HAHA! ( Don't open a shop, if you don't have a smile ) Sedang aku mengelamun jauh dekat depan, adelah satu family ni anak beranak lalu depan kedai. Anak die perempuan, lawa manis senang cerita sejuk je hati tengok. OUCH! berapa minit lepas tu, family tu lalu lagi dan terus terjenguk jenguk depan aku, ye lah maybe nak tengok menu ape yang sedap lah agaknya. Aku pun mempelawa dan menyambut dengan senyum kambing yang tak seberapa ni. Mase tu, cuma ade anak die dgn bapak die saje yang nak oder, mak die pergi tempat laen dulu lah agaknya. Setelah berminit meniliti menu yang ade tu, anak die pun start lah meng-oder.

Anak, "yah, nak minum ape?"
Ayah, "kopi, kopi, kopi"
Anak, "ouh okayy, kasi kopi satu ye"
Aku, "okay kopi satu, lagi?"
Anak, "bagi milo ais lah"
Aku, "okay milo ais, tu je?"
Anak, "tu jelah nak apa lagi kan"
Aku, "hehe, okaylah milo ais satu, kopi satu ea?"
Anak, "haah"

*Tibe-tibe mak die pun sampai

Anak, "haa mak nak minum tak?"
Mak, "apa ade?"
Anak, "ni haa menu, tgklah"
Mak, "kasi milo dino lah"
Anak, "wah sampai sampai je terus oder ea, PUKUL KANG"

Terdiam terkedu kejap aku dekat depan cashier tu dengar dari mulut anak die macam ni, hmm. Even gurauan bagi die tapi bagi aku agak kasar dan tak manis tambahan tak sepatutnye die bercakap sedemikian dengan personaliti die yang bagi aku memang lah lawa, cantik dan manis dipandang. Pandangan aku terhadap situasi sungguh hambar sama sekali.

Cube lah tukar perkataan PUKUL KANG tu dengan perkataan yang lebih manja atau lebih manis macam geget kang, cium kang dan perkataan-perkataan yang agak sesuai untuk berkomunikasi dengan ibu bapa :)


#renung-renungkan lah

No comments:

Post a Comment